BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

heyyy...... =))

tq sudi jenguk2.. (o^.^0).......

Saturday, March 5, 2011

cara sweet untuk katakan tidak........

ehem2.....  ade seorang perempuan dan seorang lelaki ni yang saling suka sama suka.... mereka telah berkenalan sejak dari kecil..... dalam diam-diam lelaki itu telah jatuh hati pada perempuan ni sejak dari dulu lagi.... perempuan ni tawu akan perasaan lelaki itu terhadapnya walaupun lelaki itu tidak pernah menunjukkan rasa sukanya pada perempuan itu..... tapi... perempuan itu masih mampu menahan dan menjaga perasaannya daripada 'terjatuh hati' hati pada lelaki itu..... kenapa??? kenapa perempuan tersebut mengelakkan dirinya daripada terpikat dengan lelaki itu???




jawapannya telah pon terjawab apabila lelaki itu melamar perempuan tersebut di dalam satu majlis..... ikuti perbualan di bawah..... :

lelaki : sudikah awak menjadi kekasih hati saya?? saya sudah lama menaruh perasaan terhadap awak.... sedarkah awak????

perempuan: yaa.... saya sedar..... tapi untuk jadi kekasih hati awak adalah mustahil bagi saya....

lelaki: kenapa??? saya tawu yang kita memang saling suka sama suka.... janganlah awak berbohong pada diri awak sendiri.....

perempuan: ya... memang saya suka akan awak.... tapi saya tidak mahu berjanji lagi buat masa ini sehingga saya betul-betul sudah bersedia.....

lelaki: berjanji??? apa masud awak??

perempuan: cukuplah setakat ini saya telah membuat 3 kali perjanjian dalam hidup saya.... kalau betul awak mahukan saya... bersabarlah sehingga saya betul-betul rasa bersedia untuk membuat perjanjian buat kali yang keempat dalam hidup saya... percayalah.... saya hanya menjadi insan yang tepati pada janjinya.....

lelaki: adakah awak ada membuat perjanjian dengan lelaki lain???

perempuan: tidak..... awak juga telah membuat perjanjian yang sama seperti saya.... sedarkah  awak???

lelaki: saya tidak faham...... apakah perjanjian yang pertama itu??

perempuan: sebelum saya lahir ke dunia lagi, saya telah membuat perjanjian dengan allah s.w.t. untuk taat kepadanya dan menjadi hamba yang baik.....  perjanjian ini adalah perjanjian yang paling besar pernah saya buat dalam hidup saya.... saya takut sekiranya saya telah memungkirinya....malah saya sentiasa memperbaiki diri saya sendiri agar perjanjian ini sentiasa mulia dan suci di sisiNya.... Insyaalah....

lelaki: perjanjian yang kedua??

perempuan: sebagai umat islam juga... saya telah berjanji dengan rasulullah s.a.w. untuk manjadi pengikutnya yang taat dan setia.... agama islam yang dibawa oleh baginda akan saya junjung semulia-mulianya.... Islam adalah hidup saya.... Islam adalah nyawa saya.... saya hanya ingin menjadi umatnya yang terbaik....saya ingin membawa perjanjian ini sampai bila-bila....

lelaki: baiklah.... perjanjian yang ketiga???

perempuan: apabila saya telah lahir ke dunia..... maka termeterailah perjanjian saya dengan kedua ibu bapa saya..... mereka yang membawa saya ke dunia ini.... mereka  jugalah yang telah membesarkan saya dengan penuh rasa kasih sayang sehingga kini.... jadi..sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membalas jasa mereka kelak...... mereka adalah segala-galanya bagi saya di dunia ini.... ini adalah janji saya kepada orang tua saya....

lelaki: jadi... apa maksud awak tentang perjanjian yang keempat yang awak katakan masih belum bersedia lagi??

perempuan: perjanjian keempat yang saya maksudkan tadi ialah perjanjian yang bakal saya buat antara saya dengan suami saya sendiri....... ya... saya tau yang suatu hari nanti saya pasti akan berkahwin....dengan siapa??? itu urusan allah s.w.t...... jadi.... saya tidak mahu membuat perjanjian untuk mengikat 2 keping hati  dengan orang yang salah... bagi saya... hubungan antara 2 hati ini adalah anugerah daripada allah s.w.t...saya hanya akan membuat perjanjian yang keempat ini apabila saya sudah betul-betul bersedia dengan orang yang betul-betul layak untuk saya berikan seluruh hati saya ini... maafkan saya.....

lelaki: saya tetap akan menunggu awak........

perempuan: berdoalah..... dan bersabarlah..... pasti ada ganjaran daripada allah s.w.t nanti..... saya pasti awak akan mendapat seorang yang terbaik dalam hidup awak..... seandainya orang itu bukan saya..... pasti orang itu adalah yang lagi baik daripada saya.... allah s.a.w itu maha adil dan tahu akan kehendak hambaNya.... insyaalah......

sebelum beredar.......

perempuan: tahukah awak apakah perjanjian yang paling digeruni dan membuatkan semua orang merasakan bahawa mereka tidak bersedia lagi untuk mengotakan janjinya??

lelaki: apakah ia??

perempuan: perjanjian itu ialah perjanjian kita dengan mati......... sentiasalah beringat..... kita semua pasti akan mati.... itu adalah satu janji!!


kesimpulan>>> hidup ini hanyalah pinjaman semata-mata dan penuh dengan perjanjian yang kita sendiri tidak sedar bila kita telah membuatnya..... =))

1 comments:

Awang Fathi said...

klaka lah entry ni, yang tersirat lebih terserlah dari yang tersurat...